Wikipedia

Search results

Wednesday, December 15, 2021

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU

Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru ialah guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Apabila seseorang guru tersebut mempunyai pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan kepelbagaian unsur budaya kepada pelajar. Budaya saling menghormati dan menerima budaya orang lain akan secara tidak langsung akan diterapkan dalam diri pelajar. Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri para pelajar. Guru akan lebih menghormati nilai serta amalan akan kepelbagaian budaya para pelajarnya. Pengurusan Program Pelbagai Budaya peringkat Sekolah dapat dilaksanakan melalui aktiviti memupuk perpaduan dalam pendidikan seperti mengadakan aktiviti berkaitan perpaduan kaum, menjalankan aktiviti gotong-royong dan Kelab Rukun Negara.

 

  • Guru adalah merupakan agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah.

   Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan peka akan kepentingan perpaduan dalam pelbagai kaum. Sebagai contoh, peranan guru sebagai agen sosialisasi iailah menyampaikan ilmu kenegaraan, menyampaikan ilmu kebudayaan, menyampaikan ilmu perpaduan dan contoh terbaik terhadap pelajar. Guru yang pengalaman mengajar akan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum ini akan membawa manfaat kepada diri serta pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru, guru haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu kebudayaan kaum agar ilmu tersebut dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  •     Guru yang memahami kepelbagaian budaya ini mampu untuk menangani cabaran yang wujud di  dalam sesebuah bilik darjah.

   Guru sewajarnya menerapkan unsur-unsur budaya dan semangat perpaduan kepada para pelajar. Oleh itu, para pelajar  akan menjadi lebih mengenali budaya-budaya yang terdapat di Malaysia dan secara tidak langsung nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri pelajar.

 

  •     Guru memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan ilmu perpaduan kepada pelajar

    Guru mempunyai potensi untuk mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang pelajar melalui tindakan dan tingkah laku mereka kerana guru dianggap sebagai suri teladan oleh para pelajar. Oleh itu, seorang guru bertanggungjawab untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan negara memandangkan peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah adalah penting untuk melahirkan masyarakat yang harmoni, saling hormat-menghormati dan bersatu padu.


Kesimpulannya, dalam mengurus kepelbagaian budaya ini tidaklah mudah dan memerlukan sokongan yang kuat dari pelbagai pihak khasnya dari pihak sekolah, ibu bapa dan pihak jabatan pendidikan dalam membentuk sesebuah sekolah itu menjadi sekolah cemerlang dengan akhlak, kepintaran dan melahirkan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama.

RUJUKAN 

Idris, U. P. (n.d.). PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA.

Noraini Omar, M. A. (2014). KEPELBAGAIAN ELEMEN BUDAYA DALAM PENGAJARAN. ISU DAN KEPENTINGAN.

Suhaili, S. (2019, SEPTEMBER). KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU. p. 40.

 

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA BAGI GURU Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru ialah guru bertanggungjawab memupuk pe...